Tuesday, November 1, 2011

Masalah Pengguna

MASALAH PENGGUNA
  • Kadang-kala pengguna sering berhadapan dengan masalah semasa membeli atau mendapatkan barangan atau perkhidmatan. terdapat lima jenis masalah yang boleh di kenal pasti. Antaranya:

i) Kualiti
  • Masalah kualiti merupakan masalah pengguna berkaitan dengan mutu setiap barangan yang dibeli dan perkhidmatan yang di terima.
  • Masih ada barangan yang di jual di pasaran yang sudah melepasi tarihk luput.
  • Perkhidmatan yang di berikan tidak setimpal dengan apa yang telah di janjikan.
  • Contoh: Perkhidmatan pemungutan sampah tidak dilaksanakan mengikut jadual.

ii)Harga
  • Harga barangan dan perkhidmatan memainkan peranan dalam kehidupan pengguna kerana mempengaruhi pengurusan kewangan setiap individu dan keluarga.
  • Pengguna berhadapan dengan maslah harga yang berlainan bagi barangan dan perkhidmatan yang sama.
  • Contoh: Caj perkhidmatan fotostat di kawasan kediaman lebih murah berbanding dengan yang terletak jauh dari kawasan ini.

iii)Kuantiti
  • Kuantiti barangan yang tidak mencukupi mengikut timbangan, sukatan, isi padu, saiz atau bilangan banyak berlaku dalam proses jual beli. 
  • Contoh: Peniaga mengurangkan berat barangan tanpa disedari oleh pembeli.

iv)Keselamatan 
  • Barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diterima tidak selamat digunakan oleh pengguna.
  • Contoh: Bahan tiruan yang terkandung dalam ubat-ubatan yang boleh memudaratkan kesihatan.

v)Perlindungan
  • Barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diterima mestilah dapat melindungi pengguna daripada aspek keselamatan pengguna,penipuan, kerosakan selepas jualan.
  • Pengguna akan mengalami kerugian dari aspek kewangan dan kesihatan jika tidak dilindungi.
  • Contoh: Pengguna yang membeli  kosmetik di kaki lima tidak di lindungi oleh undang-undang.


No comments:

Post a Comment