Tuesday, November 1, 2011

8 Hak Pengguna

  1.   HAK UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN ASAS.



  • Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.
  • Keperluan asas bagi pengguna ialah seperti berikut:
            Ø  MAKANAN
v  Pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang berterusan.
v  Pengguna berhak mendapat makanan dengan harga yang berpatutan, berkualiti dan berkhasiat.
v  Timbangan serta sukatan hendaklah bertepatan.
v  Pengguna berhak untuk mendapat info mengenai makanan yang dibeli serta status halal yang diluluskan oleh JAKIM
Ø  TEMPAT TINGGAL
v  Pengguna berhak untuk mendapat tempat tinggal yang selamat.
v  Antara undang-undang yang melindungi pengguna ialah seperti:
1. Akta Pemaju Perumahan 1966
2. Akta Kontrak 1950

Ø  PAKAIAN
v  Pakaian yang berkualiti.
v  Info pada label pakaian yang jelas bagi penjagaan pakaian yang betul.


   2.  HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT




  • Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak.Pengguna juga berhak mendapatkan maklumat maklumat yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan.Selain itu, pengguna hendaklah dilindungi daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan. 

  • Terdapat akta yang melindungi pengguna iaitu akta perihal dagangan 1972. Akta ini memberi perlindungan kepada pengguna dari segi amalan perdagangan atau perniagaan yang tidak sihat. Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan seperti berikut:
v    Melarang penggunaan perihal dagangan palsu ke atas barang-barang,harga dan perkhidmatan.
v    Memberi peruntukan kuasa kepada Menteri untuk menghendaki maklumat-maklumat yang perlu sebelum barang-barang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan.
v    Peruntukan mengenai kesalahan serta penalti ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan serta kuasa-kuasa bertindak berhubung dengan kesalahan-kesalahan tersebut.
  • Pengguna berhak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau perkhidmatan yang hendak dibeli.
  • Setiap pengguna berhak mendapat maklumat tentang perkara-perkara berikut:
    v  Harga barangan yang berpatutan
    v  Mutu barangan yang terjamin
    v  Berat dan sukatan barangan tepat.
    v  Isi kandungan barangan
    v  Cara menggunakan barangan
    • Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika.
    • Hak mendapat maklumat yang tepat dan sesuai adalah penting untuk membolehkan pengguna membuat keputusan yang wajar dan bijak semasa membeli.
    • Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada LABEL & IKLAN
    Ø  LABEL
    v  Pengguna bijak mestilah melihat pada label untuk mendapatkan maklumat seperti:
    1. Tarikh luput.
    2. Kandungan barangan.
    3. Maklumat nutrisi.
    4. Berat kandungan.
    5. Logo halal yang sah.
    v  Label yang baik mestilah:
    1.    Mengandungi maklumat yang tepat
    2.    Mudah difahami
    3.    Tidak mengelirukan
    4.    Maklumat yang disahihkan
    Ø  PENGIKLANAN
    ·         Pengguna jangan mudah terpengaruh dengan peniklanan yang:
    1.    Mengelirukan
    2.    Gimik promosi

    
      3. HAK UNTUK MENDAPATKAN KESELAMATAN DAN    PERLINDUNGAN


    • Pengguna berhak untuk mendapat perlindungan keselamatan apabila menggunakan barangan seperti ubat-ubatan,bahan kimia,racun serangga,alatan elektronik ataupun perkhidmatan.
    • Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada barangan serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.
    • Contoh mendapat keselamatan dari barangan seperti:
    Ø  UBAT-UBATAN
    v  Pastikan pengguna mendapat nasihat daripada Doktor atau Pegawai Kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana ubat.
    v  Pastikan bilangan serta dosage yang diambil adalah tepat untuk mengelakkan kesan sampingan.
    v  Antara undang-undang yang melindungi pengguna adalah seperti:
    1. Akta Ubat 1956
    2. Akta Pendaftaran Farmasi 1951

    Ø  RACUN SERANGGA/BAHAN KIMIA
    v  Pilihlah makanan (sayur-sayuran atau buah-buahan) yang menggunakan bahan organik .
    v  Baca lebel cara penggunaan terlebih dahulu sebelum menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia.
    Ø  ALATAN ELEKTRONIK
    v  Pilih alatan elektronik yang mempunyai kelulusan SIRIM.
    v  Pilih alatan elektronik yang mudah dikendalikan serta menjimatkan tenaga.
    v  Pastikan mendapat ‘warannty’ bagi peralatan elektronik yang dibeli.
    v  Pengguna yang bijak akan memilih alatan elektronik yang mesra alam!.
    v  Di Malaysia, undang-undang yang melindungi keselamatan pengguna ialah:
    a) Akta Makanan 1983
    b) Peraturan-peraturan Makanan 1985
    c) Akta ELektrik 1949 (Pindaan 1973)
    d) Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia 1975 (SIRIM)

      4.  HAK UNTUK MEMILIH


    
    • Sebelum membeli, pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.
    • Pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut:
    1.    Harga barang itu berpatutan
    2.    Barang dalam keadaan baik
    3.    Barang selamat digunakan
    4.    Barang menepati contoh yang diberi atau diiklankan
    • Hak untuk memilih adalah penting supaya pengguna tidak terburu-buru dalam membuat keputusan membeli.
    • Penjual tidak berhak memaksa dan membuat keputusan bagi pihak pengguna.
    Belilah barangan buatan Malaysia!!!!.......

      5.  HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT


    • Pengguna berhak menyuarakan pendapat mereka sebagai pengguna melalui badan atau pergerakan pengguna.
    • 
    • Melalui pergerakan pengguna, segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Dengan cara ini, hak dan kepentingan pengguna dapat dijamin secara berkesan.
    • Pengguna boleh melayari badan-badan berkenaan untuk menyuarakan pendapat serta membuat aduan. Antaranya adalah:
            (* sila klik "link" di bawah untuk ke page berikut)
    
     
    


    NCCC  bertujuan menjadi pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan tersebut. NCCC turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian.




     Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.


    Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
    Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan.
    TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.
    Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan
    yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan di laman ini

    Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

      6.  HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI



    
    • Pengguna berhak mendapat ganti rugi bagi sebarang penyelewengan atas barangan atau perkhidmatan yang dibeli.
    • Pengguna boleh menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang yang dikembalikan.
    • Sebagai contoh, sekiranya anda membeli makanan dalam tin (contoh ikan sardin) dan mendapat tarikh guna barang ittu telah luput. Anda boleh mendapatkan ganti rugi melalui penggantian tin yang baru atau wang dikembalikan kepada anda.
    • Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
    1.    barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik (cth; tin kemik)
    2.    barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan   kesihatan
    3.    mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan
    4.    barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna

    ·         Akta Berkaitan Dengan Hak Mendapat Ganti Rugi ialah:
    v  Akta Kontrak,1950- Akta ini menggariskan tanggungjawab semua dalam apa jua perjanjian..
    v  Akta Jualan Barangan,1957- Akta ini melindungi pihak yang membuat jual beli barangan termasuk pengguna dari segi kesesuaian dan jaminan barangan.

      7.  HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA



    • Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional.
    • Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.
    • Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui beberapa cara iaitu;
    1.    melalui pendidikan formal di sekolah/Institut Pengajian Tinggi dan juga pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling.
    2.    melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti CAP dan FOMCA
    3.    melalui bengkel, seminar dan ceramah yang berkaitan dengan kepenggunaan
    4.    melalui media massa seperti laman sesawang dan juga laman blog berkenaan kepenggunaan.
    • Kelab-kelab Pengguna juga telah diwujudkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat Institut Pengajian Tinggi untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang pendidikan kepenggunaan
    

      8.  HAK UNTUK MENDAPATKAN ALAM SEKITAR YANG SIHAT DAN SELAMAT


    
    ·         apa yang anda boleh lakukan?
    v  Kitar Semula.
    v  Tanam pokok dihalaman rumah.
    v  Guna kenderaan awam.
    v  Kurangkan penggunaan alatan elektrik yang melepaskan CFC.
    v  Pilihlah produk yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam.
    v  Kurangkan penggunaan beg plastik. Gunakan beg kitar semula!
    v  Jimatkan penggunaan kertas, untuk urusan berkaitan gunalah aplikasi elektronik yang mengurangkan penggunaan kertas.

    No comments:

    Post a Comment